PMX Anwar Ibrahim : Guna AI Untuk Draf Awal Dalam Menjawab Surat Rasmi

LocalTechnology
6 Jan 2026 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini menekankan semua jabatan kerajaan perlu mengambil implementasi dan penggunaan digital secara serius, dan menggunakan pelbagai tugasan pentadbiran secara atas-talian, kecuali yang terikat kepada peruntukkan undang-undang.

image is not available
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim menyampaikan amanat (Gambar : JPM)

Dalam usaha mempercepatkan lagi urusan dan menjimatkan masa, Perdana Menteri turut mencadangkan penggunaan kecerdasan buatan janaan untuk membuat draf awal dalam menjawab surat rasmi, sebelum menambah input peribadi dalam memperbetulkan atau memperbaikinya.

Ini juga dijangka akan menjadikan urusan lebih cekap, dan sesuatu balasan dapat dilakukan dengan lebih pantas berbanding sebelum ini yang perlu di draf secara manual.