
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas kemenangan anak seni Malaysia di Golden Horse Awards Ke-63 pada Ahad.Menerusi perkongsian di Instagram, seramai empat orang inidividu yang berjaya memenangi kategori utama iaitu Nandagopall Mohan (Sayang Sayang), Kartik Vijay, Ryota Katayama dan Tsai Ming-Liang."Tahniah kepada empat anak seni Malaysia atas kejayaan meraih anugerah berprestij di Golden Horse Awards yang Ke- 63 di Taiwan, sekali gus mengharumkan nama negara di pentas perfileman antarabangsa.Nandagopall Mohan - Best New Performance menerusi filem sayang sayang sekali gus mencipta sejarah sebagai pelakon pertama memenangi anugerah tersebut sepanjang penganjurannya.Kartik Vijay - Best Cinematography menerusi filem Dead TideRyota Katayama - Best Original Film Song menerusi lagu Gone With The Tide daripada filem Dead Tide, bersama David Ke dan Hung Pei-YuTsai Ming-liang - Best Documentary Short Film menerusi Night Journey."Penghargaan kepada seluruh pasukan produksi sayang sayang dan Dead Tide termasuk pengarah, penerbit, pelakon serta rakan kerjasama yang menjayakan kedua-dua filem ini,"tulisnya.Menurut Anwar, kejayaan tersebut bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, namun mencerminkan kualiti industri seni tempatan."Kejayaan membanggakan ini membuktikan bakat dan kreativiti anak Malaysia mampu menghasilkan karya berkualiti serta meraih pengiktirafan antarabangsa, sekali gus menyerlahkan potensi kerjasama produksi Rentas negara."Sokongan perbadanan kemajuan filem nasional Malaysia (FINAS) menerusi Film In Malaysia Incentive (FIMI) kepada kedua-dua filem ini turut mencerminkan komitmen kerajaan MADANI untuk terus memperkasa industri perfilman negara,"ujarnya.Dalam masa sama, Anwar turut menitipkan ucapan tahniah buat anak seni lain yang turut tercalon dalam beberapa kategori utama anugerah tersebut."Tahniah juga kepada Jack Tan, Yep Yann Yann, Mhia Firdaus dan Edmund Yeo atas pencalonan dalam pelbagai kategori utama yang turut mengangkat nama Malaysia di pentas perfilman antarabangsa."Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai penggiat seni tempatan untuk terus berkarya dan mengharumkan nama Malaysia dipersada dunia,"katanya lagi.


![Nandagopall Mohan Cipta Sejarah, Menang Pelakon Baharu Terbaik Di Golden Horse Awards Menerusi Filem Sayang Sayang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/Nandagopall-Menang-Pelakon-Baharu-Terbaik-1.jpg?t=1795494266)


