PN cadang Sidang Khas Parlimen ditangguh sehingga PM sihat

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 5:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PN cadang Sidang Khas Parlimen ditangguh sehingga PM sihat

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mencadangkan supaya Sidang Khas Parlimen bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) ditangguhkan ke tarikh lain susulan perkembangan terkini kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Whip Ahli Parlimen PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya telah menghantar sepucuk surat rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul bagi memohon penangguhan sidang tersebut.

Katanya, surat permohonan itu telah diterima secara rasmi oleh pihak pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, pada hari ini.

“Memandangkan isu Tabung Haji merupakan perkara yang sangat penting dan melibatkan kepentingan awam, PN berpandangan bahawa adalah amat wajar sekiranya pembentangan laporan ini dibuat sendiri oleh Perdana Menteri.

“Ini kerana, Perdana Menteri sendiri telah membangkitkan perkara ini kepada pengetahuan umum ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sedangkan laporan RCI tersebut telah tersedia sejak beberapa tahun yang lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PN berkata, kehadiran Perdana Menteri sendiri di Dewan Rakyat untuk membentangkan dan memberikan penjelasan berhubung laporan RCI itu adalah amat signifikan.

“Ia bukan sahaja penting daripada sudut ketelusan dan akauntabiliti malah wajar bagi memastikan rakyat mendapat penjelasan yang menyeluruh dan komprehensif mengenai perkara yang pernah dibangkitkan oleh Perdana Menteri sendiri sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, PN turut mendoakan kesihatan dan kesembuhan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“PN mendoakan agar Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri II dikurniakan kesembuhan segera agar dapat kembali bertugas seperti biasa,” katanya. – UTUSAN

The post PN cadang Sidang Khas Parlimen ditangguh sehingga PM sihat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved