PN gagal tangguh penggantungan RoS, penyertaan dalam PRN Melaka jadi tanda tanya

LocalPolitics
13 Oct 2026 • 2:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman diputuskan.

Gagal dapat perintah penangguhan

Walau bagaimanapun, memetik laporan daripada Sinar Harian, Hakim Datuk Azizan Md Arshad menetapkan 22 Oktober ini untuk mendengar permohonan PN bagi mendapatkan penggantungan inter-parte terhadap notis berkenaan.

Mahkamah turut membenarkan gabungan itu memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan tersebut.

Permohonan itu difailkan lima pemimpin parti komponen PN, diketuai Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bersama Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian People’s Party, N Sathes Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair, Datuk Sazmi Miah.

Image from: PN gagal tangguh penggantungan RoS, penyertaan dalam PRN Melaka jadi tanda tanya

Foto: Sinar Harian

Boleh jejas penyertaan gabungan dalam PRN Melaka

Dalam permohonan berkenaan, PN mendakwa kegagalan menangguhkan atau membatalkan notis itu sebelum hari penamaan calon boleh menjejaskan penyertaan gabungan tersebut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Gabungan itu turut mendakwa notis berkenaan menghalang mereka menjalankan kegiatan politik seperti biasa, termasuk memberi kuasa kepada calon untuk bertanding menggunakan nama dan logo PN.

Image from: PN gagal tangguh penggantungan RoS, penyertaan dalam PRN Melaka jadi tanda tanya

Menurut PN lagi, sebarang keputusan mahkamah yang dibuat selepas hari penamaan calon akan terlambat kerana peluang untuk meletakkan wakil menggunakan nama dan logo gabungan itu tidak lagi dapat dikembalikan.

Gabungan tersebut juga turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadualkan bermesyuarat pada Rabu ini bagi menetapkan tarikh writ pilihan raya, penamaan calon dan pengundian PRN Melaka.

PN mendakwa penggantungan yang berterusan sehingga hari penamaan calon boleh menyebabkan tiada pegawai diberi kuasa untuk menandatangani dokumen diperlukan bagi membolehkan calon bertanding atas nama dan logo PN.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved