PN puas hati barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 11:21 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PN puas hati barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan

MARANG: Perikatan Nasional (PN) berpuas hati dengan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang turut menyaksikan wakil gabungan itu berada dalam senarai.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PN telah diberikan kedudukan dua exco dan seorang timbalan speaker dalam pentadbiran Negeri Sembilan.

“Kita puas hati. Kita diberi dua orang (Exco) dan seorang timbalan speaker,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Terdahulu, 10 Exco Kerajaan Negeri Negeri Sembilan me­ngangkat sum­pah jawatan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 12 tengah hari ini untuk mengumumkan senarai Exco berkenaan. – UTUSAN

The post PN puas hati barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved