PRN Melaka: Serah pimpinan tertinggi  BN, PN tentukan agihan kerusi

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 4:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: Serah pimpinan tertinggi  BN, PN tentukan agihan kerusi

TANAH MERAH: Rundingan rasmi antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berhubung agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka belum bermula.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebarang keputusan berkaitan perkara tersebut ditentukan selepas rundingan rasmi antara kepemimpinan tertinggi kedua-dua gabungan itu.

Katanya, semua pihak diminta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kekeliruan.

“Tiada mana-mana pihak sepatutnya mendahului kepemimpinan dengan membuat pelbagai kenyataan, lebih-lebih lagi dalam media sosial sehingga menimbulkan persepsi tidak tepat.

“Soal agihan kerusi biarlah kepemimpinan kedua-dua parti menentukan selepas rundingan rasmi antara kepemimpinan tertinggi BN dan PN diadakan. Ingin saya tekankan, jangan ada sesiapa pun yang mendahului kepimpinan tertinggi.

“Bila ada pihak yang berlagak hero, mengeluarkan kenyataan dalam media sosial dan berlagak seperti hero boleh menimbulkan kecelaruan, tetapi di pihak kepemimpinan sebenarnya kami tidak ada masalah pun,” katanya  selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah, di sini hari ini.

Sebelum ini, BN dilaporkan berhasrat mempertahan kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang gabungan itu pada PRN Melaka yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mengulas mengenai kerjasama UMNO dan Pas di empat negeri yang ditadbir PN, Asyraf Wajdi memberitahu, ia memerlukan sifat berlapang dada daripada semua pihak.

Katanya, berdasarkan sentimen dan kehendak rakyat di peringkat akar umbi seperti yang dapat dilihat pada PRN Negeri Sembilan, rakyat mahu melihat orang Melayu tidak terus berpecah.

“Yang penting kita mahu memberi isyarat kepada seluruh rakyat Malaysia supaya tidak bimbang apabila parti-parti besar khususnya UMNO dan Pas bekerjasama kerana ia akan menguatkan lagi politik di negara kita,” ujarnya. – UTUSAN

 

The post PRN Melaka: Serah pimpinan tertinggi  BN, PN tentukan agihan kerusi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved