PN tawar tambang bas sekolah percuma untuk anak Selangor

LocalPolitics
4 Aug 2023 • 10:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara penyokong yang hadir pada Majlis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional Selangor pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

SHAH ALAM – Bagi mempekasakan kecemerlangan pendidikan anak-anak, Perikatan Nasional (PN) Selangor menerusi Tunjang 6 memfokuskan kepada ‘Modal Insan Gemilang’.

Pengerusi PN,Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini termasuklah memperkenalkan inisiatif Selangor Prihatin Anak Sekolah (SPAS) dengan bantuan tambang bas sekolah sebanyak RM100 sebulan kepada 20,000 anak Selangor melalui kerjasama pengusaha bas sedia ada.

Selain itu katanya, dana pembelajaran khas sebanyak RM2 juta setahun turut diperuntukkan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

“PN juga akan menubuhkan Akademi Sains Selangor dengan menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah yang memfokuskan pendidikan sains, teknologi dan inovasi.

“Malah dana bantuan PIBG sebanyak RM5,000 setahun kepada semua sekolah Kerajaan di negeri Selangor termasuk SJK (C) dan SJK (T) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5 juta,” katanya

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Majlis Pelancaran Tawaran PN Selangor di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

“Bagi memastikan persekitaran pendidikan yang kondusif, sejumlah RM120 juta akan diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran termasuk aspek pendigitalan pendidikan, di samping pembinaan sekolah agama rakyat integrasi sains dan teknologi baharu.

Tambahnya lagi, bantuan yuran KAFA juga akan diberi kepada murid daripada keluarga yang memerlukan dengan peruntukan RM6 juta setahun

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!





Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved