PN tidak bertanding PRN Sarawak

LocalPolitics
27 Nov 2026 • 4:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PN tidak bertanding PRN Sarawak
Ahmad Samsuri

KUCHING -  Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, keputusan itu diambil sebagai tanda menghormati hak rakyat Sarawak untuk menentukan kepimpinan serta hala tuju negeri mereka sendiri.

"Saya berharap proses pilihan raya berjalan lancar dan seluruh rakyat Sarawak dapat menunaikan tanggungjawab memilih dengan aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, walaupun tidak bertanding, PN akan terus memberikan perhatian terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat Sarawak dan membawanya ke peringkat Persekutuan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak manakala pengundian awal pada 8 Disember dan penamaan calon berlangsung esok.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved