PNM laksana Program Sentuhan Komuniti Bestari, 506 perpustakaan desa terima manfaat

13 Sep 2025 • 8:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sebanyak 506 Perpustakaan Desa di seluruh negara bakal menerima manfaat menerusi Program Sentuhan Komuniti Bestari yang dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

image is not available

Program Sentuhan Komuniti Bestari berlangsung di Dabong Kelantan

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami menyatakan peruntukan RM100,000 akan diagihkan bagi melaksanakan program berskala kecil yang menekankan budaya membaca, literasi digital serta perpaduan komuniti secara inklusif.

“Program ini bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya satu manifestasi komitmen kerajaan melalui PNM dalam memperkasa komuniti luar bandar dengan ilmu, warisan, dan perpaduan,” katanya ketika merasmikan Program Kembara Ilmu Ini Warisan Kita, Sentuhan Komuniti Bestari @ Dabong, Kelantan, hari ini.

image is not available

Program Sentuhan Komuniti Bestari tampil unik dengan penggunaan kereta api

Difahamkan, program edisi kali ini tampil unik dengan penggunaan kereta api sebagai mobiliti ilmu, menghubungkan komuniti luar bandar dengan pusat bandar sebagai simbol keterangkuman.

Ia juga merupakan kesinambungan daripada kejayaan edisi sulung di Beaufort, Sabah pada tahun 2024.

image is not available

Sepanjang dua hari penganjuran bermula 12 hingga 13 September, program itu berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat, dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).