POCO C75 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM499

TechnologyDigital
7 Nov 2024 • 12:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

POCO memperkenalkan telefon pintar baharu C75 di Malaysia. Ia direka khusus untuk kegunaan harian sekali gus mengubah landskap pemasaran peranti mampu milik ke tahap lebih pelbagai. Harga jualan rasmi bermula RM499 (6/12GB) dan RM599 (8/256GB) dengan kesediaan bermula 10 November 2024 melalui laman web rasmi, Lazada dan Shopee. Kedua-duanya turut boleh didapati dengan harga lebih murah serendah RM 409 (6/12GB) dan RM468 (8/256GB) untuk masa terhad.

image is not available

POCO C75 menggunakan skrin LCD HD+ 6.88-inci dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Helio G81-Ultra, memori sehingga 8GB RAM LPDDR4X, storan dalaman 512GB eMMC 5.1 dan perisian Xiaomi HyperOS. Sistem kamera terdiri dengan 50MP utama dan swafoto 13MP, di samping mempunyai bateri 5160mAh dengan pengecasan 18W. Tiada kepala pengecas disediakan dalam kotak pembelian. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan NFC.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved