POCO Pad Tersedia Di Malaysia Pada Harga RM 1,399

TechnologyDigital
7 Nov 2024 • 1:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

POCO turut memperkenalkan tablet pertamanya di Malaysia iaitu POCO Pad. Ia dijual dengan harga RM1,399 (8/256GB) tetapi juga diberikan promosi lebih murah RM1,299 untuk masa terhad. Orang ramai boleh mendapatkannya melalui kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee bermula 10 November 2024.

image is not available

POCO Pad menawarkan skrin IPS LCD 2.5K (2560 x 1600) sebesar 12.1-inci dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan sokongan Dolby Vision untuk pengalaman tontonan lebih menonjol. Di samping empat pembesar suara terbina dengan Dolby Atmos bagi tujuan lontaran audio yang imersif.

Cip Snapdragon 7s Gen 2 digunakan sebagai tunjang utama dengan pilihan memori 8GB RAM LPDDR4X, storan dalaman 256GB UFS 2.2 dan perisian Xiaomi HyperOS (berasaskan Android U). Sensor sebesar 8MP digunakan pada kedua-dua belah kamera tablet. Bateri 10000mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 33W dan USB Type-C.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved