Poco M6 Pro 5G Akan Menggunakan Cip Snapdragon 4 Gen 2

TechnologyDigital
4 Aug 2023 • 2:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Poco M6 Pro 5G bakal dilancarkan secara rasminya pada 5 Ogos ini. Peranti ini juga disahkan hadir dengan sokongan 5G terbina, namun persoalan yang timbul ketika itu apakah jenis cip pemprosesan yang bakal digunakan.

Bagaimanapun persoalan itu segera terjawab apabila Poco mengesahkan bahawa cip Snapdragon 4 Gen 2 akan digunakan. Ia didedahkan menerusi ciapan terkini di Twitter, yang turut berkongsi peranti berjaya menjaringkan lebih 437,000 mata dalam ujian anTuTu.

Kalau diikutkan, ia merupakan cip yang sama digunakan pada Redmi 12 5G sebelum ini. Seterusnya secara tidak langsung hal ini memperlihatkan ada kebarangkalian Poco M6 Pro 5G hanyalah peranti yang dijenamakan semula dengan rekaan tubuh yang berbeza.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved