Pelancaran produk baharu Poco pada 26 November 2025 nanti turut memperlihatkan kemunculan tablet terbaharu POCO Pad X1 sekali gus melengkapkan siri Poco F8. Peranti ini juga dilihat sebagai tambahan kepada Poco Pad yang diperkenalkan tahun lalu.

Poco menggunakan slogan ‘Powerfully Slim’ yang memberi tumpuan pada rekaan tubuh tablet yang nipis. Dari segi penawaran, ia hadir dengan skrin beresolusi 3.2K 144Hz serta cip Snapdragon 7+ Gen 3 sebagai perkakasan dalaman bagi menjadikannya menarik dalam kelasnya. Meskipun begitu, maklumat penuh mengenai POCO Pad X1 masih belum didedahkan dan akan diumumkan pada pelancaran rasmi kelak.
POCO Pad X1, "Powerfully Slim" isn't just a slogan — it's a statement.
November 26, 2025 | 16:00 GMT+8 | Bali pic.twitter.com/OD2AeJHwVK


