
Poco melancarkan barisan peranti baharu di bawah siri X untuk pasaran global termasuk Malaysia. Siri ini hadir dengan sokongan perkakasan dalaman yang seimbang. Pada masa sama, strategi penjenamaan turut diubah dengan penambahan varian Pro Max. Dengan itu, siri kali ini terdiri daripada Poco X8 Pro danPoco X8 Pro Max.

Bermula dengan Poco X8 Pro Max, peranti ini menggunakan skrin AMOLED sebesar 6.83″ beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia dipadankan dengan kecerahan puncak sehingga 2000 nits bersama sokongan HDR10+ dan Dolby Vision.
Seterusnya, peranti ini dijana oleh cip MediaTek Dimensity 9500s dengan pilihan memori 12GB RAM LPDDR5X serta storan sehingga 512GB UFS 4.1. Di samping itu, sistem penyejukan LiquidCool Technology bersama POCO 3D Dual-layer Iceloop Cooling dan WildBoost Optimization turut disediakan bagi memastikan prestasi kekal stabil.

Tetapan kamera peranti ini merangkumi kamera utama 50MP Light Fusion 600 (OIS) yang digandingkan bersama kamera ultra lebar 8MP serta swafoto sebesar 20MP. Selain itu, ia turut dimuatkan dengan bateri berkapasiti 8,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W melalui port USB-C serta pengecasan berbalik 27W. Akhir sekali, spesifikasi tambahan lain termasuk kalis air IP66/IP68/IP69/IP69K, pengimbas cap jari dalam skrin, sokongan NFC serta sistem operasi Xiaomi HyperOS 3.

Sementara itu, Poco X8 Pro hadir dengan skrin AMOLED 6.59″ beresolusi 1.5K serta kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia turut menyokong kecerahan puncak sehingga 2000 nits bersama HDR10+ dan Dolby Vision. Peranti ini juga dijana oleh cip MediaTek Dimensity 8500-Ultra dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5X serta storan dalaman 512GB UFS 4.1. Di samping itu, sistem penyejukan LiquidCool Technology bersama POCO 3D Dual-layer Iceloop Cooling dan WildBoost Optimization turut disediakan bagi memastikan prestasi kekal stabil.

Untuk fotografi, ia dilengkapi kamera utama 50MP Sony IMX882 (1/1.95”) yang digandingkan dengan kamera ultra lebar 8MP serta kamera swafoto 20MP. Seterusnya, bateri berkapasiti 6500mAh menyokong pengecasan pantas 100W melalui port USB-C di samping fungsi pengecasan berbalik 27W. Akhir sekali, ciri tambahan lain termasuk sistem operasi Xiaomi HyperOS 3, kalis air IP66/IP68/IP69/IP69K, pembesar suara stereo, pengimbas cap jari dalam skrin dan sokongan NFC.

Poco X8 Pro dijual di Malaysia pada harga RM1,499 (8/256GB) dan RM1,699 (8/512GB). Sementara itu, Poco X8 Pro Max pula ditawarkan pada harga bermula RM1,999 (12/256GB) dan RM2,199 (12/512GB).
Sempena pengenalan ini, Poco X8 Pro boleh dibeli pada harga istimewa RM1,299 (8/256GB) dan RM1,499 (8/512GB) untuk masa terhad antara 17 Mac hingga 5 April 2026. Manakala Poco X8 Pro Max pula boleh didapati serendah RM1,699 (12/256GB) dan RM1,799 (12/512GB) dalam tempoh promosi yang sama. Pembelian boleh dibuat melalui mi.com, TikTok Shop, Shopee dan Lazada.
Menambah lagi nilai pembelian, siri Poco X8 Pro turut hadir dengan pakej eksklusif premium termasuk langganan percubaan 3 bulan Spotify Premium serta 2 bulan YouTube Premium secara percuma.
