Poco X8 Pro Iron Man Edition Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1899

LocalTechnology
17 Mar 2026 • 9:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Turut diumumkan pada hari ini ialah POCO X8 Pro Iron Man Edition iaitu sebuah model khas yang tampil dalam warna merah dengan corak adiwira Marvel yang ikonik. Edisi ini terhasil daripada kerjasama antara POCO dan Marvel dengan tujuan menggabungkan teknologi moden bersama rekaan yang berani.

image is not available

Peranti ini diinspirasikan daripada salah satu perisai hitam emas terkenal keluaran Stark Industries. Bahagian tubuh hadir dalam warna hitam dengan jalur emas berkilau manakala kilauan di bahagian tengah menyerupai ‘Arc Reactor’. Rekaan berkonsepkan perisai emas ini memberikan perincian yang menarik serta menonjolkan gaya futuristik. Selain itu, edisi khas ini turut dilengkapi dengan antaramuka bertema Iron Man yang direka khas. Setiap kali peranti dihidupkan, animasi Iron Man akan muncul sekali gus memberikan pengalaman penggunaan yang unik.

image is not available

Untuk spesifikasi, ia berkongsi sebahagian besar perkakasan dengan versi Pro. Antaranya ialah skrin AMOLED 6.59-inci 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak sehingga 2000 nits. Peranti ini dijana oleh cip MediaTek Dimensity 8300 Ultra bersama memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.1. Selain itu, ia turut dilengkapi sistem penyejukan LiquidCool Technology dengan POCO 3D Dual-layer Iceloop Cooling dan WildBoost Optimization untuk memastikan prestasi kekal stabil.

image is not available

Bateri berkapasiti 6500mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 100W serta pengecasan berbalik 27W. Dari segi kamera, ia menawarkan tetapan 50MP utama, 8MP ultra lebar dan kamera swafoto 20MP.  Ciri tambahan lain termasuk pengimbas cap jari dalam skrin, kalis air IP66/68/69/69K, sistem audio stereo dengan sokongan Hi-Res Audio dan Dolby Atmos serta sokongan NFC.

image is not available

Poco X8 Pro Iron Man Edition dijual di Malaysia pada harga RM1899 dengan memori 12GB RAM serta storan dalaman 512GB. Ia juga ditawarkan sebagai edisi terhad. Sempena pelancaran, peranti ini boleh dimiliki pada harga promosi RM1,699 dari 17 Mac hingga 5 April 2026. Pembelian boleh dibuat melalui mi.com, TikTok Shop, Shopee dan Lazada.