‘Poket sendiri dah tebal, tak perlu cari lelaki berharta’ – Daiyan Trisha

EntertainmentLifestyle
23 Sep 2025 • 6:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha menjelaskan tidak pernah meletakkan syarat ‘poket tebal’ sebagai pilihan utama dalam mencari pasangan hidup.

Tak perlu lelaki berharta

Memetik laporan Kosmo, Daiyan atau nama lengkapnya, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 32, berkata, dirinya tidak mahu bergantung kepada orang lain dan lebih selesa menggunakan wang sendiri dalam mendapatkan sesuatu.

image is not available

“Mahu lelaki poket tebal? Tak mengapa, poket saya sendiri pun dah tebal, tak perlu cari lelaki berharta. Saya seorang wanita yang kuat dan berdikari.

“Seperkara lagi, saya lebih mudah bila berkenalan secara depan-depan, bukan sekadar dalam talian.

“Kebanyakan orang yang saya rapat belum tentu berakhir dengan percintaan. Kalau ada vibe dan personaliti serasi, bolehlah berkawan dulu. Tapi kalau sekadar hantar mesej peribadi, itu terlalu minimum. Tak payahlah,” kata Daiyan, baru-baru ini.

Pelantun lagu Penat itu turut menjelaskan bahawa dia tidak cerewet berkaitan umur mahupun status pasangannya namun lebih tertarik kepada lelaki yang bersifat kelakar.

image is not available

“Okey sahaja, tua atau muda. Saya tak kisah.

“Tapi saya perlu akui bahawa saya sangat sukakan lelaki kelakar. Orang kelakar memang dekat dengan jiwa saya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Daiyan tidak menolak sekiranya cinta itu hadir namun lebih memilih untuk mengutamakan kerjaya seni terlebih dahulu kerana namanya semakin meningkat naik.

“Ramai yang cuba dekati saya. Ada juga mesej dalam media sosial ajak keluar makan dan sebagainya. Tetapi saya lebih selesa berkawan dengan semua orang, terutama peminat.

“Cuma saya rasa tak perlu terlalu beria untuk cuba menawan hati saya sekarang kerana fokus utama saya tetap pada karier. Kalau bertepuk sebelah tangan, nanti jadi tak seronok,” tambahnya lagi.

image is not available

Sebelum ini, Daiyan menafikan dirinya sudah mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri keempat kepada golongan kenamaan seperti didakwa dalam sebuah ruangan pojok.

Sumber: Kosmo (Muhammad Haikal Ramli)