Pokok di tepi jalan tanggungjawab PBT, bukan JKR – Ahmad Maslan

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 3:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pokok di tepi jalan tanggungjawab PBT, bukan JKR – Ahmad Maslan

LUMUT -Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak bertanggungjawab terhadap pokok-pokok yang ditanam di tepi jalan raya sebaliknya menjadi tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyelenggaranya demi keselamatan orang ramai.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata demikian bagi menjawab gesaan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman agar JKR memperkukuh kerjasama dengan syarikat konsesi berkaitan pokok matang Dan cerun di sepanjang jalan Persekutuan.

Beliau berkata, tanggungjawab terhadap pokok-pokok berkenaan sebenarnya terletak di bahu PBT selari dengan Seksyen 101(b) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Ia secara jelasnya memperuntukkan kuasa kepada PBT untuk menanam, memangkas atau membuang pokok. Seksyen 101(b) tersebut terpakai untuk mana-mana pokok yang berada di kawasan PBT,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada kepada insiden menimpa Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Edy Radzi bersama isteri, anak serta adik iparnya yang terkorban dalam kejadian sebuah Ford Raptor dihempap pokok tumbang di Jalan Bentong-Raub semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, sehubungan itu, pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dengan insiden membabitkan pokok tumbang berkenaan ialah Majlis Perbandaran Bentong.

Pada masa sama, katanya, antara rujukan bagi isu sedemikian adalah kes membabitkan Majlis Bandaraya Seremban yang diperintahkan Mahkamah Rayuan pada tahun lalu untuk membayar pampasan kepada Iqmal Izzudeen yang cedera akibat ditimpa pokok tumbang.

Bagaimanapun, beliau berkata, JKR bersama pihak konsesi bersedia bekerjasama dengan PBT berhubung dengan masalah serta keselamatan pokok di jalan-jalan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

The post Pokok di tepi jalan tanggungjawab PBT, bukan JKR – Ahmad Maslan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved