Pokok tumbang ragut nyawa? Ahmad Maslan jawab bukan tanggungjawab JKR! Pokok di tepi jalan bidang kuasa PBT

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 5:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menegaskan pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap pokok yang ditanam di kawasan tepi jalan raya, sebaliknya penyelenggaraan pokok berkenaan merupakan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tanggungjawab itu jelas diperuntukkan kepada PBT menerusi Seksyen 101(b) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), termasuk kuasa menanam, memangkas atau membuang pokok.

“Ia secara jelasnya memperuntukkan kuasa kepada PBT untuk menanam, memangkas atau membuang pokok. Seksyen 101(b) tersebut terpakai untuk mana-mana pokok yang berada di kawasan PBT,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Image from: Pokok tumbang ragut nyawa? Ahmad Maslan jawab bukan tanggungjawab JKR! Pokok di tepi jalan bidang kuasa PBT

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman supaya JKR memperkukuh kerjasama bersama syarikat konsesi berkaitan pemantauan pokok matang dan cerun di sepanjang jalan Persekutuan.

Image from: Pokok tumbang ragut nyawa? Ahmad Maslan jawab bukan tanggungjawab JKR! Pokok di tepi jalan bidang kuasa PBT

Ahmad berkata, perkara itu turut dirujuk susulan kejadian sebuah kenderaan jenis Ford Raptor dihempap pokok tumbang di Jalan Bentong-Raub sehingga mengorbankan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Edy Radzi bersama isteri, anak serta adik iparnya semalam.

Menurutnya, pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap insiden berkaitan pokok tumbang berkenaan ialah Majlis Perbandaran Bentong.

Dalam pada itu, Ahmad turut memaklumkan antara rujukan bagi isu sama ialah keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu yang mengarahkan Majlis Bandaraya Seremban membayar pampasan kepada Iqmal Izzudeen yang cedera akibat ditimpa pokok tumbang.

Bagaimanapun, beliau berkata, JKR bersama pihak konsesi bersedia bekerjasama dengan PBT bagi menangani isu berkaitan keselamatan pokok di sepanjang jalan Persekutuan.

Sumber: Kosmo! Online (Luqman Ridhwan Mohamed Nor)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved