Pokok Emas 102g, 24 Keping Dinar Emas Antara Hantaran Mr E Kepada Erra Fazira

LocalEntertainment
12 Dec 2025 • 10:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hantaran yang disusun dalam satu talam dan ditandu pada majlis pernikahan Erra Fazira dan Ezwan, atau lebih dikenali sebagai Mr E, menjadi perhatian para tetamu yang hadir meraikan pasangan berkenaan.

Antara barangan yang ditempatkan bersama dalam talam tersebut termasuk sepohon pokok emas seberat 102 gram, set persalinan emas, tas tangan, kasut serta jam tangan.

Artikel berkaitan: “I know you will do wonders” – Anak Terbit Buku Kanak-kanak Sendiri, Erra Fazira Luah Rasa Bangga

Ezwan turut memilih pokok ufti bunga emas tradisi Melayu abad ke-14 yang dihias dengan 24 keping dinar emas istimewa sebagai tanda kasih buat ratu hatinya, Erra.

Hantaran yang dikumpulkan dalam satu talam itu dianggap simbolik kepada cinta abadi pasangan yang selamat diijabkabulkan sekitar jam 9.30 pagi di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang.

Selain itu, Erra turut menerima sebentuk cincin Cartier sebagai tanda penyatuan mereka.

Terdahulu, Erra sah bergelar isteri kepada Ezwan pada 12 Disember 2025 dalam majlis yang disempurnakan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Bin Noordin.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan ketiga buat Erra, manakala Ezwan seorang usahawan menjalani pernikahan keduanya.

Sumber: Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.