Pokok hiasan Krismas berhampiran Sunway Pyramid terbakar

LocalEnvironment
23 Dec 2024 • 8:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebatang pokok hiasan Krismas terbakar dalam kejadian pada Isnin. Foto: Bomba Selangor

image is not available
Antara kesan kebakaran pokok hiasan berhampiran pusat beli-belah Sunway Piramid, pada Isnin. Foto: Bomba Selangor

image is not available
Bomba menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca kebakaran. Foto: Bomba Selangor

SUBANG JAYA - Sebatang pokok hiasan bagi sambutan perayaan Krismas terbakar berhampiran pusat beli-belah Sunway Pyramid, di sini, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 7.10 malam.

"Sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sampai di lokasi dapati kebakaran melibatkan sebatang pokok hiasan itu telah dipadam," katanya pada Isnin.

Tambahnya, insiden bagaimanapun tidak melibatkan struktur dan mangsa.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved