Pokok tumbang, komuter dan ETS lewat lebih 60 minit

3 Sep 2026 • 5:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pokok tumbang, komuter dan ETS lewat lebih 60 minit

PETALING JAYA – Gangguan bekalan elektrik akibat pokok tumbang di antara laluan Kepong dan Rawang menyebabkan perkhidmatan KTM Komuter dan ETS dijangka mengalami kelewatan melebihi 60 minit hari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan, buat masa ini perkhidmatan KTM Komuter No. 2155 tertahan di Stesen Rawang susulan kejadian tersebut.

“Lokomotif bantuan telah diaturkan. Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dilakukan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

KTMB berkata, penumpang yang memerlukan bantuan lanjut boleh merujuk kepada kakitangan stesen yang bertugas.

“Maklumat terkini perkhidmatan tren akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

KTMB turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang. – KOSMO! ONLINE

The post Pokok tumbang, komuter dan ETS lewat lebih 60 minit appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved