Pokok tumbang lintangi jalan, trafik Batu Ferringhi terjejas

5 Oct 2026 • 8:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pokok tumbang lintangi jalan, trafik Batu Ferringhi terjejas
Anggota bomba sedang menjalankan operasi pembersihan di lokasi kejadian.

GEORGE TOWN – Sebatang pokok setinggi kira-kira 6.1 meter tumbang dan melintangi jalan raya berhampiran Spice Garden, Jalan Teluk Bahang, Batu Ferringhi di sini, petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.27 petang itu, tiada mangsa atau kenderaan dilaporkan terlibat.

Kejadian berkenaan menyebabkan kesesakkan lalu lintas yang teruk di kedua-dua arah iaitu Batu Ferringhi ke Teluk Bahang dan Teluk Bahang ke Batu Ferringhi

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.27 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Bahang tiba di lokasi tiga minit kemudian.

Menurutnya, pasukan operasi telah membuat penilaian awal sebelum mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok berkenaan.

“Kerja-kerja pembersihan turut dibantu pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Operasi terkawal pada jam 5.22 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.38 petang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, seramai tiga anggota termasuk penyelia bersama sebuah jentera FRT terlibat dalam operasi berkenaan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved