Polis Akan Panggil Pencipta Kandungan Masuk Rumah Zalina Azman, Siasatan Kehilangan Masih Diteruskan

27 Oct 2026 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Polis akan memanggil pencipta kandungan yang memasuki kediaman bekas personaliti televisyen, Zalina Azman, bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya memasuki rumah berkenaan dan berkongsi kandungan tersebut di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya akan memanggil individu terbabit bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Advertisement

Bagaimanapun, keadaan rumah berkenaan kelihatan berselerak, manakala beberapa peralatan elektrik seperti pendingin hawa dilihat sudah ditanggalkan.

Zalina Masih Dikategorikan Sebagai Orang Hilang

Sebelum ini, Zalina dilaporkan gagal dihubungi sejak 24 November 2021 selepas anaknya, Mikhael Norman, cuba menghubunginya untuk memaklumkan bahawa bapanya dimasukkan ke hospital.

Sehingga kini, kehilangan Zalina masih menjadi misteri dan polis mengekalkan statusnya sebagai Orang Hilang (OH) kerana tiada bukti sahih menunjukkan wanita itu meninggal dunia atau meninggalkan negara.

Kes berkenaan kekal terbuka sementara polis meneruskan siasatan serta membuat semakan terhadap sebarang maklumat dan petunjuk baharu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Polis Akan Panggil Pencipta Kandungan Masuk Rumah Zalina Azman, Siasatan Kehilangan Masih Diteruskan2026-10-26 11:58:56

BIlik Terkunci Rapat Kini Terbuka, Lelaki Dakwa Ada 'Petunjuk' Baru Dalam Kes Kehilangan Zalina Azman

The post Polis Akan Panggil Pencipta Kandungan Masuk Rumah Zalina Azman, Siasatan Kehilangan Masih Diteruskan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved