Tular Masuk Rumah Zalina Azman, Polis Bakal Panggil Pencipta Kandungan

27 Oct 2026 • 2:10 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Tular Masuk Rumah Zalina Azman, Polis Bakal Panggil Pencipta Kandungan

Polis bakal memanggil seorang pencipta kandungan bagi membantu siasatan susulan penularan video yang memaparkan individu berkenaan memasuki sebuah rumah yang dikaitkan dengan bekas personaliti televisyen, Zalina Azman.Perkara itu mencetuskan perhatian ramai di media sosial, khususnya apabila nama Zalina kembali menjadi bualan selepas sekian lama dilaporkan hilang.Bagaimanapun, orang ramai diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan, terutama membabitkan keadaan rumah dan kehilangan bekas pembaca berita itu.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada pencipta kandungan terbabit sebelum menentukan tindakan lanjut."Namun, pihak polis akan meneliti perkara itu terlebih dahulu bagi mengenal pasti tindakan yang boleh diambil," katanya.Dalam perkembangan sama, Sarudin memaklumkan siasatan kehilangan Zalina masih diteruskan, namun belum menemukan sebarang petunjuk kukuh."Polis sudah mengambil tindakan terhadap setiap maklumat dan petunjuk baharu yang diterima."Namun setakat ini masih belum ada petunjuk kukuh berhubung kehilangan wanita itu," katanya.Menurutnya, semakan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen turut dilakukan, namun belum memberikan perkembangan baharu.Mengulas keadaan kediaman Zalina, Sarudin berkata, pemeriksaan mendapati empat unit pendingin hawa di rumah berkenaan dipecahkan, manakala batang paip singki dilaporkan hilang.Terdahulu, pencipta kandungan dikenali sebagai Shukri menarik perhatian selepas berkongsi rakaman kunjungannya ke kediaman Zalina, termasuk keadaan sebuah bilik di tingkat atas yang didakwa sebelum ini berkunci tetapi kini terbuka.Beberapa barangan peribadi turut kelihatan dalam perkongsian tersebut, termasuk buku bank, pakaian dan wang syiling rupiah.Untuk rekod, Zalina dilaporkan gagal dihubungi sejak 24 November 2021 dan sehingga kini masih dikategorikan sebagai Orang Hilang (OH).Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved