
LONDON – Polis menyatakan semalam bahawa lima lelaki yang ditangkap berhampiran sebuah pangkalan udara digunakan oleh Amerika Syarikat(AS) di Britain, dibebaskan dengan ikat jamin ketika Washington mendakwa, ‘pihak asing’ terlibat dalam komplot disyaki pengeboman itu.
Bercakap di Washington, Pesiden Donald Trump berkata, beliau ‘terkejut kerana Britain membebaskan mereka’.
“Saya tidak akan melakukan perkara ini,” kata Trump
Pembebasan lima individu itu dengan semua mereka warga Britain yang menetap di London dan berusia dalam lingkungan pertengahan 20-an, dibuat ketika Perdana Menteri Andy Burnham mengumumkan mesyuarat tergempar bersama barisan pegawai kanan untuk memastikan kerajaan mempunyai ‘gambaran penuh’.
Sementara itu, Iran menafikan penglibatan dalam sebarang rancangan untuk menyerang pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) Fairford di Gloucestershire, barat daya England itu berikutan ancaman keselamatan di sana kelmarin.
Polis anti pengganas mengetuai siasatan selepas pihak berkuasa Britain menerima laporan pada Ahad lalu mengenai tiga van putih ‘mencurigakan’ berhampiran pangkalan udara itu yang digunakan oleh AS untuk mengebom Iran.
Polis berkata dalam kemas kini terbaharu semalam bahawa kelima-lima suspek dibebaskan dengan ikat jamin. – AFP
The post Polis bebas 5 suspek diyaki cuba serang pangkalan udara Britain appeared first on Kosmo Online.




