Polis Beri Amaran Untuk Tak Tertipu Dengan Mesej ‘Undi BN’ & Dapat RM500 E-Wallets TnG

28 Oct 2022 • 1:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak akhir-akhir ni banyak betul cara scam baru yang dibuat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Lagi-lagi sekarang ni ramai orang susah, memang mudah juga terpedaya kalau tak berhati-hati.

Macam baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang individu mendakwa dia telah menjadi mangsa scam dan mengalami kerugian sebanyak RM1,950 selepas menekan link di mesej yang diterima melalui Touch N Go (TNG) link.

Ekoran ini, PDRM telah memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak tertipu dengan scam melibatkan TNG ini.

Menurut The Star, penipuan ini telah mengambil kesempatan ke atas Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang ini. Ia melibatkan bantuan sebanyak RM500 menerusi TNG yang dihantar melalui SMS.

image is not available

Menerusi scam ini, mangsa akan menerima notifikasi bantuan e-wallet sebanyak RM500 kepada orang yang mengundi Barisan Nasional untuk PRU15.

Mangsa kemudiannya akan diminta untuk mengesahkan identiti menggunakan link yang diberikan.

Ketua Polis Sentul, ACP Beh Eng Lain telah pun mengesahkan penipuan ini dan mengatakan bahawa link yang diberikan sangat jelas menunjukkan ia bukan link rasmi TNG.

Link yang diberikan adalah touchngoe.my, dan jelasnya ’emy.top’ menunjukkan yang ianya bukan pautan rasmi TNG. Orang ramai sepatutnya tidak menekan pautan tersebut kerana link sebenar sepatutnya tak ada ’emy.top’.

“Ini jelas merupakan scam online yang dikendalikan oleh sindiket.”

Selain itu, Beh turut menambah TNG tidak akan menghantar mesej atau notis seperti ini kepada pengguna dan tindakan seperti ini dilihat sebagai rancangan untuk menipu mangsa.

Adoiii, ada je tau cara scammer ni. Please hati-hati korangggg

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.