Polis buka kertas siasatan! 55 laporan terhadap Tony Pua, dua babit MP Kota Melaka -KPN

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 8:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan membuka dua kertas siasatan berasingan membabitkan Tony Pua dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung dua isu berbeza.

55 laporan diterima terhadap Tony Pua

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail menyatakan, siasatan pertama membabitkan hantaran Facebook Tony Pua yang mengandungi maklumat penyahklasifikasian dokumen pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, sebanyak 55 laporan polis diterima berhubung hantaran berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dua terkait hantaran MP Kota Melaka

Sementara itu, dua laporan polis turut diterima berhubung hantaran Facebook Khoo Poay Tiong mengenai arahan penutupan premis perniagaan di Kuala Terengganu ketika solat Jumaat oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kedua-dua kertas siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Image from: Polis buka kertas siasatan! 55 laporan terhadap Tony Pua, dua babit MP Kota Melaka -KPN

Foto: Berita Harian

Dalam kenyataan sama, Mohd Khalid mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan, selain mengelakkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan. PDRM turut memberi amaran kepada semua pihak agar tidak sesekali menyentuh atau membangkitkan isu 3R dalam apa jua bentuk yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat Malaysia,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja membuat atau menyebarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja membuat atau menyebarkan kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam,” tegasnya.

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved