57 laporan polis diterima, Tony Pua, Ahli Parlimen Kota Melaka disiasat

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 7:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 57 laporan polis diterima, Tony Pua, Ahli Parlimen Kota Melaka disiasat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan berasingan terhadap Tony Pua dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong susulan hantaran masing-masing di Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, sebanyak 57 laporan polis diterima berhubung kedua-dua isu berkenaan.

Menurutnya, siasatan terhadap Tony Pua membabitkan hantaran mengandungi maklumat penyahklasifikasian dokumen pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, siasatan terhadap Poay Tiong membabitkan kenyataannya yang mempertikaikan arahan penutupan premis perniagaan ketika solat Jumaat oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

“Kedua-dua siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

“Polis Diraja Malaysia telah menerima sebanyak 55 laporan polis berhubung hantaran Facebook Tony Pua,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Khalid berkata, kes membabitkan Tony Pua disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, sebanyak dua laporan polis pula diterima berhubung kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka itu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama dan Seksyen 505(b) kanun sama kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Mohd. Khalid mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“PDRM turut memberi amaran kepada semua pihak agar tidak sesekali menyentuh atau membangkitkan isu 3R dalam apa jua bentuk yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat Malaysia.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja membuat atau menyebarkan kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

The post 57 laporan polis diterima, Tony Pua, Ahli Parlimen Kota Melaka disiasat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved