Polis buka kertas siasatan isu pengibaran bendera Israel di Kelantan

LocalPolitics
13 Oct 2025 • 8:28 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel semasa Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza di Lembah Sireh.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat menyatakan kes ini disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949.

Beliau berkata polis akan memanggil pihak penganjur program untuk diambil keterangan lanjut dalam tempoh terdekat.

Kejadian itu berlaku pada Jumaat lepas apabila sebuah bot memasang beberapa bendera Israel dalam lakonan semula insiden penahanan bot sukarelawan Global Sumud Flotilla.

Program anjuran Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia itu disertai hampir 10,000 peserta menaiki bot dari Kampung Pulau Pisang hingga Lembah Sireh.

Peserta berarak sejauh lapan kilometer sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang sedang menderita. – Bernama