Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden pengibaran bendera Israel ketika berlangsungnya Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza di Lembah Sireh, Jumaat lalu.

Foto: Adam Rafiqi Photography
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Beliau berkata, pihak penganjur program akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membanut siasatan dan memberikan keterangan lanjut berhubung kejadian tersebut.
“Kejadian itu berlaku ketika sebuah bot yang mempamerkan beberapa bendera Israel digunakan sebagai sebahagian daripada lakonan semula insiden penahanan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) ketika dalam pelayaran ke Gaza,” katanya.

Foto: thesun
Difahamkan program anjuran Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia itu disertai hampir 10,000 peserta yang berlayar dengan bot masing-masing dari Kampung Pulau Pisang ke Lembah Sireh, meliputi jarah sejauh lapan kilometer sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan di Palestin.
Sumber: Bernama
The post Polis Siasat Insiden Kibar Bendera Negara Haram Dalam Program Di Kelantan appeared first on Borak Daily.
