
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sekitar hujung minggu lalu, kecoh di media sosial program solidariti untuk Gaza yang memaparkan sebuah bot membawa bendera Israel di Kelantan pada Jumaat (10 Oktober).
Menerusi beberapa video yang tular, kelihatan beberapa buah bot membawa bendera Malaysia dan Palestin namun berbeza pula dengan sebuah bot yang dilihat membawa bendera rejim zionis itu.
israel telah pergi dengan tentera nya meningalkan bumi palestine . palestine merdeka 🍉 #freepalestine #globalsumudflotillia #sumudnusantaraflottila #fyp
Tonton video penuh [DI SINI]
Kibar bendera ni ada dua. Sama ada tanda hormat atau minat/bersahabat.
— BASIAQ™ (@Mbasiir_) October 12, 2025
Kibar bendera israel atas apa alasan sekalipun adalah tindakan paling tak boleh diterima. Nak buat apa pun pakai otak dulu boleh?
pic.twitter.com/l79kok4HUE
Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial termasuklah Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan berhubung isu terbabit.
Malah, dia turut merasakan tindakan mengibar bendera Israel adalah sesuatu yang tidak wajar menimbulkan tanda tanya apabila ia berlaku di Kelantan yang dipimpin oleh pembangkang. Tegasnya, bayangkan jika perkara tersebut berlaku di Pulau Pinang
Susulan itu, Polis Kelantan membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan bot tersebut ketika Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza meskipun pihak penganjur mendakwa ia hanyalah sekadar ‘gimik’.
Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949.
Penganjur Mohon Maaf, Sedia Beri Kerjasama Terhadap Siasatan
Terbaharu, penganjur program berkenaan, Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia memohon maaf atas tindakan mengibarkan bendera Israel ketika lakonan semula kejadian yang berlaku kepada sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).
Menurut Pengarah Program berkenaan, Mohd Khairul Hafiz Hassan, dia juga turut bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
“Saya memohon maaf sekiranya ada mana-mana pihak yang salah faham berhubung gimik persembahan pada hari kejadian.
“Saya juga bertanggungjawab di atas penganjuran ini,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Pengibaran Bendera Israel Hanyalah Gimik
Sebelum ini media melaporkan, penganjur memaklumkan pengibaran bendera Israel ketika program tersebut hanyalah gimik ketika melakonkan semula kejadian yang menimpa sukarelawan GSF.
Namun jelas Mohd Khairul Hafiz, perbuatan itu hanyalah simulasi dan tidak mempunyai niat lain dan menyinggung mana pihak.
Dia turut meminta agar orang ramai tidak menilai dengan hanya melihat sedutan video yang dimuat naik di media sosial.
Malah, dia mendakwa kebanyakan yang memberi komen negatif adalah mereka yang tidak hadir ke program tersebut.
Program Disertai Hampir 1,000 Peserta
Terangnya lagi, mereka yang hadir tahu keadaan sebenar yang berlaku bahawa Bendera Israel dikibarkan adalah untuk melakonkan situasi ketika misi menghantar bantuan ke rakyat Palestin.
Untuk info, hampir 1,000 bot telah memenuhi Sungai Kelantan pada Jumaat (10 Oktober) lalu sebagai tanda solidariti untuk Gaza.
Program dengan anjuran bersama Komuniti Floating Market Sri Tanjung disertai hampir 1,000 peserta yang menaiki bot masing-masing dan berarak sejauh lapan kilometer dari Kampung Pulau Pisang sehingga ke Lembah Sireh.
Baca Artikel Berkaitan: Sumud Flotilla: 12 Peserta Malaysia Termasuk Zizi Kirana & Heliza Helmi Ditahan Tentera Israel [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Israel Dakwa Akan Hantar Pulang Peserta Misi GSF Yang Ditahan Ke Eropah
Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Video Bendera Malaysia Dikibar Dengan Bendera Israel
Source:
