Polis buka kertas siasatan, Puteri Balqis dakwa jadi mangsa gangguan pelakon lelaki

LocalEntertainment
21 Nov 2026 • 5:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon wanita, Puteri Balqis dipercayai berdepan pengalaman tidak menyenangkan apabila mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pelakon lelaki ketika menjalani penggambaran sebuah drama sekitar Ogos lalu.

Memetik laporan daripada Harian Metro, dakwaan berkenaan kini dalam perhatian pihak polis selepas satu laporan dibuat oleh pelakon itu di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Khamis lalu.

Image from: Polis buka kertas siasatan, Puteri Balqis dakwa jadi mangsa gangguan pelakon lelaki

Susulan laporan tersebut, polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan kejadian yang dikatakan berlaku ketika kedua-dua pelakon terbabit terlibat dalam produksi drama berkenaan.

Menurut sumber lagi, kejadian dipercayai berlaku selepas Puteri Balqis menerima tawaran untuk membintangi drama berkenaan bersama pelakon lelaki terbabit.

Difahamkan, insiden yang didakwa berlaku sepanjang sesi penggambaran itu menyebabkan pelakon wanita berkenaan berasa tidak selesa selain mengalami gangguan emosi.

“Kejadian itu dikatakan berlaku ketika sesi penggambaran itu menyebabkan Puteri Balqis dikatakan tidak selesa dan terganggu emosi,” katanya.

Image from: Polis buka kertas siasatan, Puteri Balqis dakwa jadi mangsa gangguan pelakon lelaki

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung identiti pelakon lelaki yang didakwa terbabit mahupun perkembangan terperinci siasatan berkenaan.

Sumber: Harian Metro 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved