Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya menjadi mangsa gangguan fizikal di lokasi penggambaran. Insiden itu berlaku apabila aktres berkenaan didakwa sengaja ‘digesel’ oleh seorang pelakon lelaki ketika berada di set.
Perkembangan terbaharu itu disahkan sendiri oleh bapa tirinya yang dikenali sebagai Farris, yang memaklumkan bahawa pelakon tersebut juga telah menyerahkan bukti sokongan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Artikel berkaitan: “Baru je kami bawa dia jalan” – Puteri Balqis Kongsi Keadaan Ibu Hidap Cyst
Artikel berkaitan: Pengurusan Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Buat Laporan Polis
Buat laporan polis bersertakan bukti
Menerusi satu perkongsian di InstaStory pada Jumaat, Farris tampil menjelaskan situasi semasa selain menegaskan pihak keluarga sentiasa memberikan sokongan penuh dan berdiri teguh di belakang Puteri Balqis.
“Ya, Puteri telah membuat laporan polis dan menyerahkan bukti sokongan. Dia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan sudah menyediakan bukti yang diminta mereka,” katanya.

Menurut Farris lagi, keterangan yang diberikan oleh pelakon drama Dua Nyawa itu kekal konsisten sejak pendedahan awal mengenai perkara tersebut dibuat kepada umum.
Terdahulu, nama pelakon Zarif Ghazi dikaitkan dengan kontroversi panas ini, dan pihaknya dilaporkan sudah pun membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan mempertahankan dirinya daripada tuduhan tersebut.
Untuk info, Puteri Balqis dan Zarif merupakan antara barisan pelakon yang membintangi drama Dua Nyawa terbitan Global Station, yang turut dibarisi oleh Jazmy Juma, Kodi Rasheed, Vanidah Imran dan Eizlan Yusof.
Sumber : mStar Online, Instagram
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





