Polis buka siasatan dalaman video tular dakwa anggota ambil wang

LocalPolitics
26 Apr 2026 • 7:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular mendkwa seorang anggota polis menerima wang daripada seorang lelaki.
image is not available
Polis membuka siasatan dalaman berhubung video tular yang memaparkan seorang anggota didakwa mengambil wang daripada seorang lelaki.

IPOH - Polis membuka siasatan dalaman berhubung satu video tular yang memaparkan seorang anggota didakwa mengambil wang daripada seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai rakaman berdurasi 47 saat yang dimuat naik menerusi akaun Facebook 'Update & Info'.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan jenis MPV yang digunakan dalam video berkenaan mempunyai tanda panggilan 'PK 56' yang merupakan milik kontinjen Perak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Bagaimanapun, lokasi kejadian serta identiti anggota yang terlibat masih dalam proses pengesahan.

"Siasatan dalaman telah dibuka bagi mengenal pasti anggota yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

**media[3503023]**

Beliau berkata, polis memandang serius perkara tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku yang boleh menjejaskan integriti pasukan.

Katanya, sehingga siasatan selesai, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Siasatan akan dijalankan secara telus, rapi dan adil. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau peraturan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada IPD Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved