Polis siasat kes kelucahan melampau depan UiTM Dungun

LocalPolitics
26 Apr 2026 • 12:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang lelaki yang tidak dikenali telah berkelakuan tidak senonoh terhadap mangsa.

​DUNGUN - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun menyiasat laporan berhubung kejadian kelucahan melampau yang berlaku di kawasan berhampiran pintu masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, di sini pada Sabtu.

​Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seorang lelaki yang tidak dikenali menaiki sebuah motosikal telah berkelakuan tidak senonoh terhadap mangsa.

​Menurutnya, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian selepas melakukan perbuatan tersebut.

​"Pihak polis turut mengesan satu video tular yang dipercayai berkaitan kejadian sama dan usaha mengesan saksi serta individu terlibat sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan keterangan saksi serta membantu siasatan lanjut.

​"Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

​Jumaidy berkata, pihak polis memandang serius kejadian berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang perlakuan tidak bermoral yang mengganggu keselamatan awam.

​Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Dungun atau ke mana-mana balai polis berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved