‘Tugu’ mirip bendera Bangladesh undang kemarahan

LocalPolitics
26 Apr 2026 • 3:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
image is not available
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan video disyaki objek batu yang dicat dengan imej bendera Bangladesh.
image is not available
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan video disyaki objek batu yang dicat dengan imej bendera Bangladesh.

KUALA LUMPUR – Kecoh di media sosial apabila satu rakaman video tular memaparkan objek yang kelihatan seperti ‘tugu’ yang dicat menyerupai bendera Bangladesh di Bukit Bintang di sini.

Berdasarkan rakaman video yang tular sejak Sabtu, kelihatan beberapa warga asing melalui dan berkeliaran di sekitar ‘tugu’ yang dicat berwarna hijau dengan bulatan merah itu.

Malah, seorang lelaki yang disyaki warga asing dilihat mengelap batu tersebut sebelum memberi tabik hormat di hadapan objek itu.

Tinjauan Sinar Harian di ruangan komen Threads mendapati rata-rata rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan isu tersebut, apatah lagi ia berlaku di ibu negara.

Warganet juga meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh untuk mengambil tindakan berhubung isu terbabit.

Selain itu, terdapat juga pengguna media sosial yang menggesa pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tindakan segera diambil.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan batu tersebut telah dialihkan, bagaimanapun tarikh dan masa tidak dapat dipastikan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung isu terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved