Polis Buru 2 Beradik Rompak Penjual Nasi Campur

Local
24 May 2026 • 11:27 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Polis Buru 2 Beradik Rompak Penjual Nasi Campur

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan dua beradik yang dipercayai melarikan sebuah peti wang dan telefon bimbit milik seorang penjual nasi csmpur, dalam kejadian di gerai tepi jalan di Jalan Lebuh Meru Raya, Ipoh, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata, suspek pertama dikenal pasti sebagai Mohd Faiz Naharoddin, 36, atau dikenali sebagai “Paeh”.

Beliau berkata lelaki itu dianggarkan berketinggian kira-kira 180 sentimeter, berkulit sawo matang dan berbadan kurus, dengan alamat terakhir diketahui di Halaman Meru Damai, Ipoh.

“Suspek kedua ialah adiknya, Mohamad Arif Naharoddin, 25, atau dikenali sebagai ‘Aboy’, yang mempunyai alamat terakhir sama di Halaman Meru Damai,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, Mohamad Arif dianggarkan berketinggian kira-kira 175 sentimeter serta mempunyai rupa fizikal hampir sama iaitu berkulit sawo matang dan berbadan kurus.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kedua-dua suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Azrul di talian 017-5823467 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa berusia 21 tahun dilaporkan sedang berniaga dan membungkus makanan, sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Y15ZR berwarna perak yang dipercayai menyamar sebagai pelanggan.

Suspek kemudian dipercayai melarikan sebuah peti wang yang mengandungi wang tunai serta sebuah iPhone 13 milik mangsa sebelum melarikan diri ke arah bulatan Meru Raya. - Getaran, 24 Mei 2026

View Original Article