Kejadian sekumpulan penunggang motosikal bertindak ganas menyerang sebuah Perodua Myvi di Puchong kembali mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan jalan raya.
Video berdurasi 29 saat itu tular sejak semalam, memperlihatkan bagaimana pemandu kenderaan terperangkap di tengah-tengah kumpulan motosikal yang bertindak seperti samseng jalanan.
Hmmmm..apa kes? Macha dalam kereta nampak pucat….selau macha bukan main hero pic.twitter.com/ogMxyS7wLU
— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 28, 2025
Mangsa, seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun, berdepan saat mencemaskan apabila keretanya dikelilingi kira-kira 20 motosikal berhampiran Plaza Tol Batu 13. Dalam rakaman berkenaan, beberapa penunggang dilihat menumbuk dan menendang bahagian sisi kereta, seolah-olah cuba menghalang laluan pemandu terbabit.
Situasi itu bukan sahaja menimbulkan rasa takut, malah jelas mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain yang kebetulan berada di kawasan tersebut.
Baca juga:
Mangsa buat laporan polis
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad memaklumkan, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa sejurus selepas kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan pihaknya sedang giat mengesan kesemua suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan. Polis turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi, sebaliknya memberi ruang kepada siasatan berjalan.
Sumber: Harian Metro, My News Hub
The post Polis buru geng motosikal belasah Myvi di Tol Puchong appeared first on The Reporter.



