Panik kena tahan tak pakai helmet, lelaki rempuh polis hingga patah tangan

13 Sep 2026 • 10:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Panik kena tahan tak pakai helmet, lelaki rempuh polis hingga patah tangan

KOTA TINGGI: Seorang penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar bertindak merempuh seorang anggota polis trafik selepas panik apabila diarahkan berhenti dalam Op Motosikal di bandar ini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kejadian pada pukul 10.03 pagi itu menyebabkan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi mengalami kecederaan pada tangan kanan.

Menurut beliau, ketika kejadian mangsa sedang menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar di sekitar bandar ini.

“Semasa operasi sedang dijalankan, pihak polis mendapati seorang lelaki menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

“Apabila pihak polis mengarahkan penunggang motosikal berkenaan berhenti, lelaki tersebut tiba-tiba merempuh anggota polis trafik yang sedang bertugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yusof berkata, akibat rempuhan itu, anggota polis berkenaan cedera sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami patah tangan kanan,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun berjaya ditahan di lokasi kejadian.

Katanya, kes kini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 322 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak bertindak membahayakan pengguna jalan raya serta anggota penguat kuasa,” katanya. – UTUSAN

The post Panik kena tahan tak pakai helmet, lelaki rempuh polis hingga patah tangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved