Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular beberapa video di media sosial memaparkan tindakan pemandu Perodua Kembara memandu secara berbahaya sehingga merempuh dua kenderaan lain ketika berada di jalan raya sebelum melarikan diri.
Insiden tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, pada 20 Jun lalu.
View on Threads
Polis kesan video tular Perodua Kembara dipandu berbahaya di media sosial
Terbaharu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat polis telah mengesan video tular tersebut di media sosial sekitar jam 7.45 malam, pada 28 Jun (Ahad).
Jelasnya, siasatan awal dilakukan mendapati insiden berlaku sekitar jam 6.10 petang (20 Jun) melibatkan sebuah kereta Perodua Kembara yang dipandu lelaki berusia dalam lingkungan 59 tahun dari arah Shah Alam menghala ke Kuala Lumpur.
Rempuh kereta dan penunggang motosikal
“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu terbabit disyaki memandu secara berbahaya sebelum melanggar sebuah kereta dan sebuah motosikal.
“Selepas kemalangan, pemandu berkenaan melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian,” ujarnya, lapor Sinar Harian.
Penunggal motosikal alami kecederaan ringan
Katanya lagi, penunggang motosikal yang dilanggar telah dihantar ke Hospital Sunway untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan ringan.
Polis turut memaklukan sedang mengesan pemandu Perodua Kembara itu yang menghilangkan diri untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Perodua Kembara dipandu milik bengkel kereta
Memetik laporan Harian Metro, Perodua Kembara yang dipandu oleh lelaki berkenaan adalah milik bengkel kereta yang dipinjam selepas keretanya rosak.
Pihak polis turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu diminta untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik IPD Petaling Jaya, Sarjan Kumaran Murugaya di 03 7966 2222 atau hadir ke balai berdekatan untuk bantu siasatan.
Shamsudin turut mengingatkan semua pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undnag dan peraturan lalu lintas untuk mengelakkan kemalangan.
Bahkan polis juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang selain tindakan tegas akan diambil.





