Polis buru pemilik nombor telefon ugut isteri Rafizi

LocalPolitics
15 Aug 2025 • 4:39 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan pemilik nombor telefon yang menghantar mesej ugutan terhadap isteri bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli selepas anaknya diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Putrajaya, Rabu lalu, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.

Beliau berkata, mereka sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengesan pemilik nombor telefon terbabit.

Shazeli mengesahkan, isteri Ahli Parlimen Pandan itu juga sudah membuat laporan polis dan kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

“Kita juga sudah merakam keterangan doktor yang merawat anaknya bagi membantu siasatan,” katanya, lapor Harian Metro.

Terdahulu, Rafizi mendakwa serangan terhadap anaknya dipercayai ada kaitan dengan ‘siasatan’ sedang dijalankannya berhubung satu skandal.

Rafizi berkata ada menerima maklumat daripada sekumpulan pemberi maklumat berhubung skandal itu dan percaya pihak terbabit cuba memberi tekanan supaya siasatan dihentikan.

Beliau turut mendakwa pihak terbabit cuba mengugut isterinya yang menerima mesej daripada nombor tidak dikenali.

Media semalam turut melaporkan polis setakat ini sudah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes serangan itu. - 15 Ogos, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved