Polis buru penunggang motosikal lawan arus di Lebuhraya Karak

LocalPolitics
7 Apr 2026 • 10:08 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

GOMBAK– Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal selepas tular satu video kemalangan di Kilometer 34 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong, Pahang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 10.43 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 2.30 petang pada 2 April lalu, membabitkan sebuah kereta dan motosikal.

“Mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang memandu kereta jenis Volkswagen Golf di lorong kanan.

“Secara tiba-tiba, sebuah motosikal dari arah bertentangan datang melawan arus sebelum bergesel dengan kenderaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memaklumkan, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, namun penunggang motosikal terbabit bertindak meninggalkan lokasi kejadian sejurus selepas kemalangan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan usaha mengesan penunggang motosikal berkenaan sedang giat dijalankan.

Insiden ini sekali lagi mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan tidak mengambil risiko yang boleh membahayakan diri sendiri serta orang lain. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved