Polis buru suspek curi beg pemilik gerai makan

9 Jan 2025 • 12:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis sedang mengesan suspek kes curi beg di di medan selera Pusat Akuatik Seksyen 13, di sini, pada 2 Januari lalu.

image is not available
Dalam kejadian pada jam 5.19 petang, wanita itu meletakkan beg di atas meja di hadapan gerainya.

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri beg pemilik gerai makan di medan selera Pusat Akuatik Seksyen 13 di sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian pada jam 5.19 petang, wanita itu meletakkan beg di atas meja di hadapan gerainya.

"Suspek yang menunggang sebuah motosikal telah mengambil beg tersebut, namun mangsa yang sedang membuat persediaan membuka gerai tidak menyedari kejadian berkenaan.

"Mangsa kerugian sebanyak RM200 dan telefon bimbit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha keras untuk mengesan dan menangkap suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 kanun keseksaan, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Hanafi di talian 010-3728932," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved