
TAWAU: Seorang wanita tempatan, 32, ditahan selepas disyaki terlibat kes kecurian di sebuah pusat latihan kraftangan di kawasan bandar Fajar yang mengakibatkan kerugian RM29, 000, sekitar jam 4 petang, pada Sabtu.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek ditangkap di kawasan bandar itu selepas berjaya dikesan hasil risikan sepasukan polis dari Strike Team, Balai Polis Tawau.
Advertisement“Pasukan itu turut merampas sebuah mesin jahit yang dilaporkan hilang oleh pihak pengurusan pusat latihan tersebut pada 5 April 2022, yang lalu,”katanya.
Menurutnya, dalam laporan polis tersebut, pengadu yang sampai di tempat kerja menyedari pintu pagar terbuka dan tombol pintu di bahagian dalam pejabat terdapat kesan umpil serta terbuka.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Hasil pemeriksaan di dalam pejabat mendapati keadaan berselerak serta terdapat barang yang hilang seperti satu unit mesin jahit sulam jenis janome, satu unit mesin jahit jenama horizon, satu unit penapis air coway dan wang tunai berjumlah RM2,300,” katanya yang menambah jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM29,000.
Jasmin berkata, suspek wanita itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk premis dengan niat mencuri.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.


