Polis Buru Tahanan Warga Pakistan Lari Dari Penjara Sungai Buloh

LocalPolitics
10 Apr 2026 • 10:50 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Buru Tahanan Warga Pakistan Lari Dari Penjara Sungai Buloh

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Polis memburu seorang lelaki warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh semalam ketika dalam tahanan bagi kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata tahanan berkenaan Muhammad Hassan, 24, kali terakhir dilihat berpakaian kemeja-T berwarna jingga dan seluar panjang hitam.

Beliau berkata lelaki itu berada dalam tahanan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 (d) dan (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Baca juga:

"Polis menasihati orang awam supaya lebih berhati-hati memandangkan banduan ini mempunyai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hafiz berkata orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan banduan itu, diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor C. Muhendran menerusi talian 010-4304383 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh melalui talian 03-61561222, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan operasi polis serta menimbulkan kegusaran masyarakat.