Tahanan Reman Warga Pakistan Lolos Dari Penjara Sungai Buloh, Ada Kes Kesalahan Seksual 

LocalPolitics
10 Apr 2026 • 11:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang tahanan reman dilaporkan berjaya melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh, semalam. Insiden ini mencetuskan kebimbangan orang ramai, lebih-lebih lagi apabila suspek mempunyai rekod kes jenayah serius.

Memetik laporan Harian Metro, polis kini sedang bertungkus-lumus menjalankan operasi mengesan suspek yang masih bebas, dengan usaha dipergiatkan di sekitar kawasan berhampiran dan juga lokasi lain yang berpotensi.

Usaha kes tahanan reman larikan diri

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut semalam sebelum tindakan segera diambil.

Banduan itu kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam.

image is not available

Tambahnya, suspek dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, seorang warga Pakistan yang kini berdepan beberapa pertuduhan serius termasuk di bawah Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan, selain kesalahan berkaitan imigresen.

Orang ramai diminta berwaspada

image is not available

Apa yang lebih membimbangkan, lelaki tersebut turut mempunyai kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak, menyebabkan pihak polis menggesa orang ramai supaya sentiasa berhati-hati.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhendran Chandra di talian 010-4304383 atau Inspektor Azamuddin di talian 016-5661597.

Mereka juga boleh menghubungi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam masa sama, orang ramai juga diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh mengganggu operasi polis serta mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.

Pssttt! Kes seperti ini memang merisaukan, apatah lagi melibatkan suspek dengan rekod jenayah berat. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan segera laporkan kepada pihak berkuasa jika ternampak individu mencurigakan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Tahanan Reman Warga Pakistan Lolos Dari Penjara Sungai Buloh, Ada Kes Kesalahan Seksual  appeared first on Oh! Media.