Polis buru tujuh lelaki bergaduh depan pusat beli-belah

5 Nov 2026 • 7:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis buru tujuh lelaki bergaduh depan pusat beli-belah
Tangkap layar tular insiden pergaduhan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Taman Bukit Indah, Skudai.

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan tujuh lelaki warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Taman Bukit Indah, Skudai, di sini, sehingga menyebabkan sebuah kereta milik orang awam rosak.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima daripada seorang wanita warga tempatan para kira-kira jam 10.27 malam, Selasa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan membabitkan tujuh lelaki warga tempatan di luar kawasan pusat beli-belah berkenaan.

"Pergaduhan itu menyebabkan sebuah kereta milik orang awam yang diletakkan di sekitar kawasan kejadian mengalami kerosakan.

"Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan sehingga boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan rakyat di negeri Johor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved