Polis cari dua lelaki saksi kes bunuh

16 Sep 2023 • 10:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua saksi yang dikehendaki polis ialah M Nadarajah (kiri) dan Low Soy Chau - Foto PDRM

IPOH - Polis meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan dua lelaki bagi saksi perbicaraan berkaitan kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, mereka ialah M Nadarajah, 48, beralamat terakhir di No. 187, Northward, Tanjung Rambutan dan Low Soy Chau, 59, beralamat di 83, Selasar Rokam 12, Taman Ipoh Jaya, di sini.

"Kedua-dua saksi diminta hadir pada 20, 21 dan 22 Sept ini di Mahkamah Tinggi Taiping," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, saksi berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP N. Sudermani melalui talian 019-5955261 atau balai polis berhampiran. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved