Polis cari dua lelaki saksi kes bunuh

15 Sep 2023 • 9:05 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Polis meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan dua lelaki bagi saksi perbicaraan berkaitan kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata mereka ialah M. Nadarajah, 48, beralamat terakhir di No. 187, Northward, Tanjung Rambutan dan Low Soy Chau, 59, beralamat di 83, Selasar Rokam 12, Taman Ipoh Jaya, di sini.

“Kedua-dua saksi diminta hadir pada 20, 21 dan 22 Sept ini di Mahkamah Tinggi Taiping,“ katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata saksi berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP N. Sudermani melalui talian 019-5955261 atau balai polis berhampiran. -Bernama