Polis cari Muhammad Syafi’ei Hasan, disyaki terbabit dengan kes ragut

20 Apr 2024 • 1:46 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang wanita berusia 20 tahun menjadi mangsa ragut dalam kejadian di Jalan Persiaran Raja Muda Musa pada jam 8.50 pagi, Isnin lalu.

Mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja, tiba-tiba didatangi suspek yang mengejarnya dengan motosikal. Akibat daripada kejadian itu, mangsa terjatuh dan cedera di bahagian tangan dan kaki.

https://twitter.com/update11111/status/1781341750759731336

Beg silang yang dibawa mangsa juga dilarikan oleh suspek.

Difahamkan dalam beg tersebut terdapat telefon bimbit jenama iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai sejumlah RM114. Kerugian yang dialami oleh mangsa dianggarkan sebanyak RM3,000.

Polis kini sedang mengesan suspek yang dikenalpasti terlibat dalam jenayah tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, mengesahkan bahawa suspek dikenali sebagai Muhammad Syafi’ei Hasan, berusia 24 tahun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta untuk menyalurkan maklumat kepada polis di talian 03- 33762222 bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved